Waaa..... Baru lepas pakai kan customer premium beautiful...teruja nya tengok customer ni excited..!! Haruslah.....
YMG
Sunday, November 27, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Tips Bagaimana Untuk Sentiasa Bersemangat..
Anda nak cari tips cemana nak sentiasa bersemangat?
Setiap dari kita pasti ada masalah tersendiri. Setiap orang ada masalah masing-masing.
Untuk menjadikan diri Anda sentiasa bersemangat, jangan pandang kepada masalah-masalah yang Anda lalui.
Anda akan rasa ‘down’ tak semena-mena.
Pandanglah kepada penyelesaian masalah.
Caranya, tanya diri Anda “cemana nak selesaikan masalah aku ni?
Ataupun, tanya diri Anda berulang-ulang dengan soalan “cemana nak selesaikan masalah ni?
Bertanya diri sendiri dengan soalan berkaitan dengan cara bagaimana menyelesaikan masalah akan membuat minda separa sedar anda bekerja keras memberikan Anda idea-idea untuk Anda menyelesaikan masalah.
Berbagai idea, saranan, ilham atau gerak hati akan timbul selepas itu.
Anda kena tenang. Cool. Calm down. Tenangkan diri setenang yang boleh.
Kenapa? Lebih banyak idea, saranan dan ilham akan timbul selepas itu.
Idea, saranan, ilham dan gerak hati ini Anda boleh gunakan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah Anda.
Ingat, elak memikir masalah.
Elak mengomen masalah.
Elak merasa sakit hati sebab dilanda masalah.
Tapi tumpukan fikiran 100% sepenuhnya kepada penyelesaian masalah.
Keajaiban akan berlaku selepas itu.
TAHNIAH KEPADA HARIMAU MUDA...
MALAYSIA TELAH MENCATAT SEJARAH SEKALI LAGI KERANA DAPAT MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN UNTUK KALI KEDUA...SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMAIN2 WALAUPUN BERADA DI TEMPAT LAWAN DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG TINGGI MAMPU MENJULANG PIALA DAN MENGHARUMKAN NAMA NEGARA....SYABAS!!! HARIMAU MUDA SYABAS!!! .....NGAUMMMM!!!!
Tuesday, November 15, 2011
KITA ADALAH NO 1....ADOI
Paling ramai obes
RAMAI rakyat Malaysia mengalami obesiti dan bilangan mereka adalah paling ramai di Asia Tenggara. - Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Subscribe to:
Comments (Atom)
